Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, 23 February 2014

Anak Tak Selera Makan? Risau Kesihatannya?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini saya nak kongsikan tentang ketidak seleraan kanak-kanak terhadap makanan.


Kenapa Ibu Bapa Perlu Risau Anak Tak Selera Makan?

Jika anak tak selera makan, ini bukan masalah kecil. Jika dibiarkan boleh melarat dan menjadi malapetaka kepada anak kita kerana badannya kekurangan sumber. 

  1. Melambatkan kecerdasan otak - Anak akan lambat untuk belajar sesuatu yang baru dan kurang memberi respon kepada persekitaran. Dunia serba maju ni kita kena cepat belajar. Tak boleh biarkan anak kita menderita disekolah kerana tak faham apa yang diajar. Boleh cuba Set Belajar Shaklee ek untuk kecerdasan minda anak
  1. Membantutkan pertumbuhan fizikal - protein penting untuk membina otot dan kalsium pula untuk tulang dan gigi. Kalau tak nak makan macam mana anak kita nak membesar dengan betul. Risau risau
  1. Mudah dijangkiti penyakit - bila badan tak cukup zat, sistem daya tahan (imunisasi) badan pun terjejas. Selalu kena selsema, mudah demam dan sebagainya. Ibu bapa sekarang kan hantar anak ke nurseri. Ramai budak tak sihat terutama musim hujan dan jerebu. Bila budak budak dah ramai manalah terjaga sangat kebersihan. Mudahlah kuman berjangkit






Wednesday, 19 February 2014

Jom Atasi Perut Buncit.

Tips Atasi Perut Buncit


Masalah perut buncit merupakan masalah yang seringkali dialami seseorang terutamanya apabila sudah berkahwin. Masalah kebuncitan ini bukan saja melanda orang yang berbadan besar, malah orang yang kurus pun ramai yang buncit tau.
Antara penyebab utama kebuncitan adalah dari pola pemakanan yang tidak sihat. Dalam zaman yang moden kini dimana semuanya haruslah segera termasuk makanan segera/sudah diproses sememangnya menjadi pilihan ramai disamping proses penyediaannya yang lebih mudah dan ringkas. Hanya goreng dan sedia untuk dimakan. Hasilnya, perut yang buncit!



Monday, 10 February 2014

Mengapa Alfalfa



Mengapa alfalfa digelar sebagai raja segala tumbuhan?

Ini kerana alfalfa merupakan akar herba yang tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi.



Monday, 3 February 2014

NEONATAL JAUNDICE DAN PERAWATANNYA

Assalamualaikum Warahmatullah...
Apa itu Jaundice? Saya pasti ramai juga yang belum tahu kan. Sama la, saya pun belum tahu. hehe... Pagi ini saya terpanggil untuk mencari info mengenai Jaundice ini. dan Alhamdulillah saya jumpa artikel ini di Blog Dr Azwan dan saya ingin kongsikan disini. Mungkin boleh saya gunakan sebagai rujukan dimasa akan datang atau juga rujukan kawan-kawan yang ingin tahu tentang Jaundice ini. Selamat membaca...
 
 
 
 

Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.




Sunday, 2 February 2014

Penyakit Tiga Serangkai



Assalamualaikum..
 
Hari ini saya nak berkongsi kepada pembaca tentang penyakit tiga serangkai. Kita sering dengar penyakit tiga serangkai ini, tetapi saya percaya ramai juga orang tidak tahu tentang penyakit ini. Kebanyakkannya meraka akan mengambil tahu dan membuat research apabila ahli keluarga atau saudara mara mereka terkena penyakit ini.
 
Penyakit tiga serangkai biasanya dikaitkan dengan tiga jenis penyakit yang kronik/merbahaya antaranya adalah Kencing Manis(diabetes), Darah Tinggi(Hyper Tensi) dan Sakit Jantung. Pada masa dahulu penyakit ini hanya terkenal kepada golongan yang berada. Tetapi kini ia boleh berlaku kepada sesesiapa sahaja.
 
Kenapa macam tu ek??? !!!!
 


 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my